kisahkamimmgplek.blogspot.com
rindu nak lihat wajah itu...wajah yang dimamah usia..
rindu nak lihat senyuman itu...senyuman yang penuh makna..
rindu nak dengar suara itu...suara yang penuh nada..
rindu nak dengar gelak tawa itu..gelak tawa yang mencuit hati..
rindu nak dengar tangisan itu..tangisan suka duka..
rindu nak pegang tangan itu...tangan yang memegang erat..
rindu nak berada dalam pelukan itu..pelukan kemas rasa selamat..
hanya Dia yang tahu betapa rindunya diri ini kepada mereka.....
Al-fatihah buat mereka, moga2 mereka bahagia di sana...
Setiap perkara ada sebabnya.. ♥
salam kepada semua...
sebelum mengisi ruangan ini, ingin diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat...
Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah menyuruhnya menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim menceritakan mimpinya kepada isteri tercinta. isterinya mengatakan bahawa sekiranya mimpi tersebut adalah wahyu Allah, maka wajiblah dituruti. anaknya, Ismail merelakan diri untuk disembelih..Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.