Tuesday, October 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

salam kepada semua...

sebelum mengisi ruangan ini, ingin diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat...

hari raya aidiladha atau juga dikenali sebagai hari raya korban atau panggilan lain adalah hari raya haji telah disambut dengan meriahnya di malaysia terutama di kawasan sebelah pantai timur pada 26 Oktober 2012 yang lalu...menyambut hari raya aidiladha, adakah kita tahu peristiwa sebalik raya aidiladha itu?
aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah menyuruhnya menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim menceritakan mimpinya kepada isteri tercinta. isterinya mengatakan bahawa sekiranya mimpi tersebut adalah wahyu Allah, maka wajiblah dituruti. anaknya, Ismail merelakan diri untuk disembelih..Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam insyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan seperti fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan bantuan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang lain.

sesungguhnya, 
"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

beramal ke jalan Allah memberi seribu satu kenikmatan..
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

bagi mereka yang mampu, kerjakanlah ibadah haji...

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates